Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra. Selangor |
Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini dibina di
tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6
ekar.
Masjid Al-Mustaqim BSP bakal menjadi masjid PERTAMA yang dibina di Selangor
menggunakan dana yang majoritinya diperolehi daripada sumbangan amal derma,
waqaf & zakat; dan diuruskan (projek pembinaan & operasi) SEPENUHNYA
oleh anggota komuniti Bandar Seri Putra.